Total Pageviews

Monday 12 March 2012

KICAP TAMIN

Cerita mengenai Kicap TAMIN bermula pada tahun 1951 apabila Tuan Haji Mohd. Tamin berjaya menemui ramuan untuk menghasilkannya. Ia bermula sebagai produksi kecil-kecilan di Batu Gajah, Perak.
Tuan Haji Mohd. Tamin memulakan perniagaan beliau dengan hanya bermodalkan RM10 tetapi semangat dan azam yang tinggi berjaya menghasilkan kira-kira 700 botol kicap sehari dengan bantuan ahli-ahli keluarga beliau. Walaupun dengan kapasiti pengeluaran yang kecil, kebersihan, kualiti dan rasa sos tidak diabaikan. Proses pemilihan dan campuran ramuan seperti kacang soya, tepung gandum dan sebagainya dilakukan dengan teliti untuk memastikan quality kicap yang terjamin.
Setelah setahun, permintaan terhadap Kicap TAMIN melebihi jangkaan. Kicap ini mula dikenali di kalangan suri rumahtangga dan komuniti sekitar kampung. Golongan muda dari kampung yang berhijrah ke kawasan bandar membawa bersama Kicap TAMIN dan secara tidak langsung mereka inilah yang memperkenalkan kicap yang enak dan menyelerakan ini kepada penduduk di bandar.
Demi memenuhi permintaan yang semakin meningkat, Tuan Haji Mohd. Tamin mengambil langkah meningkatkan pengeluaran 3,500 botol sehari. Peningkatan kehendak dan kepopularan Kicap TAMIN telah mendorong Tuan Haji Mohd. Tamin untuk mengembangkan perniagaan beliau dengan mendirikan sebuah kilang di Enggor, tidak jauh dari Bandar Diraja negeri Perak - Kuala Kangsar. Semakin banyak pekerja diambil untuk meningkatkan pengeluaran sehingga 9,000 botol sehari. Hari ini, Kicap TAMIN boleh didapati di seluruh Semenanjung Malaysia.
Permintaan kicap semakin meningkat. Oleh itu, Tuan Haji Mohd. Tamin telah mengambil keputusan untuk membeli sebuah mesin membotol kicap separuh automatik bagi meringankan beban ahli-ahli keluarga dan pekerja-pekerja beliau. Tidak lama kemudian, kilang beliau dilengkapkan dengan sebuah mesin automatik yang boleh mencapai prestasi penghasilan sebanyak 22,000 botol sehari.

Bagi memasti dan menjamin kualiti yang sentiasa konsisten, sebuah makmal khas telah didirikan di kawasan kilang Kicap TAMIN untuk menganalisis dan mengawasi hasil keluaran sos dan kicap. Pada masa yang sama memenuhi keperluan yang tinggi terhadap kicap bermutu di seluruh negara.

Kedua-dua kilang di Batu Gajah dan Kuala Kangsar mempunyai jumlah keluasan kawasan seluas 3 ekar dan mempunyai seramai 250 kakitangan dan perkerja. Dengan menggunakan teknologi moden dan jentera automatik, kedua-dua kilang ini berkebolehan menghasilkan 80,000 botol sos dan kicap setiap hari.

Reputasi Kicap Tamin sebagai pengeluar sos dan kicap berkualiti bergerak pantas sehingga memperolehi pengiktirafan dunia. Dengan komitmen terhadap kualiti kami, sos dan kicap kami dapat dipasarkan di beberapa negara seperti Jepun, Brunei, United Kingdom dan Indonesia.

TAMIN akan terus berusaha membuka pasaran baru di Asia, dan seluruh dunia. Kami berhasrat untuk mencipta nama sebagai peneraju di bidang pengeluaran dan pemasaran sos dan kicap di dunia.


No comments:

Post a Comment